SEARCH  

 

 

          CONTENTS

        

  Books

  Journals

  Research

RESEARCH AND PUBLICATIONS

Books

Buku ini merupakan artikel hasil penulisan tenaga akademi di Jabatan Syariah dan Pengurusan yang berkisarkan berkenaan beberapa dimensi dalam pengurusan Islam. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu bahagian satu yang memperkenalkan pengurusan Islam, Bahagian 2 tentang pengurusan kerja dan Bahagian 3 pula menekankan tentang pengurusan modal Insan.

Konsep-konsep asas dalam pengurusan Islam diperjelas dalam bahagian pertama. Manakala bahagian kedua menyentuh perihal pengurusan kerja meliputi kualiti kerja dan penilaian prestasi kerja dalam organisasi menurut Islam.

Bahagian ketiga pula membincangkan pengurusan modal insan yang merupakan elemen terpenting dalam sistem pengurusan Islam. Aspek-aspek yang ditonjolkan dalam bahagian ini meliputi falsafah, etika pelaksanaan, hubungan antara ahli organisasi, komuninasi, kepimpinan dalam organisasi dan pengurusan konflik secara Islam.

Buku ini memberikan penyelesaian kepada pelbagai persoalan yang berkaitan dengan sistem kewangan Islam semasa. Buku yang  merupakan koleksi artikel para pensyarah Jabatan Syariah dan Pengurusan ini menyentuh pelbagai aspek dalam menonjolkan dinamisme kewangan Islam di Malaysia.

Antara isu-isu yang disentuh dalam buku ini ialah perbincangan tentang struktur sistem kewangan Islam di Malaysia serta  persoalan riba dan kaitan dengan isu bunga perbankan konvensional.

Selain itu, beberapa aspek penting berkenaan prinsip Syariah dalam kewangan Islam turut terkandung dalam buku ini. Antara persoalan penting ialah seperti prinsip-prinsip ijtihad dalam kewangan Islam, al-musyarakah, al-mudarabah, al-tawarruq, bay' al-'urbun dan lain-lain dibincangkan secara teori dan praktik dalam instrumen kewangan Islam di Malaysia.